Netizen bengang tengok veteran tentera kena ‘sidai’ tengah panas tapi pegawai duduk dalam khemah

Netizen bengang tengok veteran tentera kena ‘sidai’ tengah panas tapi pegawai duduk dalam khemah

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ‘disidai’ tengah panas, demi menuntuk hak mereka sahaja.

Terpaksa mendengar ucapan dalam perhimpunan, berdiri lama di bawah terik mentari selama berjam-jam, netizen bengang melihat nasib puluhan veteran ATM yang umpama diperlekehkan.

“Tergamak ye korang buat veteran macamni, mereka hanya mintak kebajikan yang adil…”

Memetik portal Reaksi, perkongsian @apanakdikato di Twitter meraih simpati ramai yang sayu melihat puluhan veteran yang terpaksa menahan kaki dan panas terik demi menuntut hak pencen mereka.

Menurut temubual bersama empunya video, mereka terpaksa berdiri lama sementara pihak atasan pula tenang berlindung di bawah khemah sambil mendengar ucapan berjela..

“Kalau kat US, dorang pakai medal and duduk je…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu melihat betapa para veteran terpaksa berdiri di kala cuaca panas kini sedangkan masing-masing sudah berusia.

“Masa berkhidmat kena sidai, dah pencen pon kena sidai…”

“Dataran Pahlawan jugak nak dibuatnya. Dahla musim panas ni…”