Netizen bengang lihat ‘geng Honda Civic’ potong treler dan bahayakan pengguna jalan raya lain

Netizen bengang lihat ‘geng Honda Civic’ potong treler dan bahayakan pengguna jalan raya lain

 

Sebelum The Vocket pernah berkongsi kisah beberapa kumpulan berasingan ‘geng motosikal’ didenda kerana melanggar SOP dengan berkonvoi setelah ‘tersalah tafsir’ kelonggaran aktiviti permotoran yang diumumkan oleh kerajaan pada dua minggu lalu.

Kali ini tular pula rakaman video dashcam di mana sekumpulan geng Honda Civic berkonvoi beramai-ramai dan lebih teruk lagi, cara pemanduan mereka mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan laluan tersebut ketika waktu itu.

 

Mohon kecam berjemaah

Tau la H power.. tapi ni mmg nak minta nitizen kecam nih

Posted by Syahrul Rizal on Saturday, August 28, 2021

 

Di dalam rakaman tersebut kita dapat lihat sepuluh buah Honda Civic telah memotong lori treler secara berbahaya di kawasan selekoh dan di atas double line sehingga masuk ke laluan bertentangan.

Lebih menggeramkan lagi apabila Honda Civic yang ke-11 yang tercicir dibelakang menghimpit sebuah Honda Jazz yang berada di belakang lori treler dan menyelit di antara kereta yang merakam situasi tersebut dengan lori treler semata-mata mahu mengejar rakan-rakan konvoi yang lain.

Sememangnya rakaman video dashcam itu menerima kecaman yang teruk oleh para netizen yang sememang sudah cukup lama memendam perasaan geram dengan sebahagian geng Honda Civic yang tidak bermoral semasa berada di atas jalan raya.

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-5

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-6

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-7

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-8

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK SYAHRUL RIZAL

Tambah netizen lagi, sekiranya pemandu mahu menujukkan skill aksi lasak semasa memandu, mereka seharusnya melakukan perkara tersebut di dalam kawasan litar tertutup bukannya menggunakan kawasan jalan raya awam.

Perbuatan 11 pemandu Honda Civic ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri, bahkan ia melibatkan pengguna jalan raya lain. Jika ‘tersilap haribulan’, mereka pasti akan menyesal seumur hidup.

Sumber: Vocket