Netizen bantah suami isteri disiasat isu komplen pengalaman buruk di ‘lodge’ Taiping?

Netizen bantah suami isteri disiasat isu komplen pengalaman buruk di ‘lodge’ Taiping?

 

Baru-baru ini sepasang suami isteri telah memuat naik beberapa video menerusi akaun TikTok menceritakan pengalaman mereka ketika menginap di sebuah lodge di Taiping.

Menurut pasangan ini, ketika mereka membuat aduan tentang servis yang lambat kepada pemilik lodge tersebut, ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ itu telah menghalau mereka.

Tak cukup dengan itu, pasangan ini turut mendakwa Datuk tersebut telah mengeluarkan perkataan berunsur hinaan ke atas mereka di hadapan pelanggan lain.

Polis siasat pasangan suami isteri

Screenshot 2022 05 12 At 11.21.50 Am

Ekoran kejadian ini, Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata pihaknya kini sedang menyiasat pasangan yang membuat video aduan mengenai lodge tersebut dan pemiliknya.

Siasatan ini dilakukan selepas pihak polis menerima laporan mengenai kejadian ini, lapor The Star.

Kami telah membuka siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Namun begitu, ACP Osman mengatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dari pasangan tersebut.

“Pelanggan yang komplen pulak kena siasat?”

Di media sosial, berita ini telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen yang rata-ratanya merasakan pasangan tersebut mempunyai hak untuk menceritakan pengalaman mereka ketika menginap di lodge tersebut.

Screenshot 2022 05 12 At 11.13.11 Am Down

Bagaimanapun, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan polis serta memberi peringatan agar tidak menggunakan platform media sosial untuk mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.

@julietcva

Reply to @cdrosak part 1 @tv3malaysia @thestarmalaysia @malaysianupdatenews @malaysiafoodandtravel

♬ original sound – ꧁❦莎🕊❦꧂ – ꧁❦莎🕊❦꧂

@julietcva

if korang baca review mmg ramai yang da kena dengan owner “KAMALODGE TAIPING PERAK” ni mmg owner kurang ajar ambk order kte pkol 6pm smpai ke 10.45Pm x smpai lepastu kurang ajar tp salah kan kita.. suruh kita blah tp xnk refund @tv3malaysia @thestarmalaysia @malaysianupdatenews @malaysiafoodandtravel #fyp #viral

♬ original sound – ꧁❦莎🕊❦꧂ – ꧁❦莎🕊❦꧂