Dakwa Negaraku dinyanyi dalam bahasa Cina, orang Perak sekolahkan ‘Ratu Naga’

Dakwa Negaraku dinyanyi dalam bahasa Cina, orang Perak sekolahkan ‘Ratu Naga’
Penyokong pro pembangkang, Ratu Naga disekolahkan ramai selepas mendakwa murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku bukan dalam bahasa kebangsaan.
Ramai pihak termasuk orang Perak sendiri berasa kurang senang dengan dakwaan dilemparkan.
Ini kerana dalam video tular tersebut, murid-murid berkenaan dengan jelas sedang menyanyikan lagu Negeri Perak dan bukan lagu Negaraku.
Umum juga tahu negeri Perak mempunyai melodi lagu yang sama seperti lagu Negaraku.
Video berkenaan secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah lanjutkan usia Sultan’ dalam bahasa Melayu mengikut lirik yang betul.
Isu ini turut menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan rasa kesal terhadap tindakan menularkan video berkenaan yang boleh mengelirukan masyarakat.
KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu ‘ALLAH Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.
KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.
