“Nampak muda” – Ramai dakwa Tyzo berusia 59 tahun, rupanya ini umur sebenar bekas penyampai Suria FM

“Nampak muda” – Ramai dakwa Tyzo berusia 59 tahun, rupanya ini umur sebenar bekas penyampai Suria FM
Sejak isu Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain ditamatkan kontrak secara tiba-tiba dari Suria FM, pelbagai kisah mengenai penyampai radio popular ini mula diperkatakan netizen.

Di sebalik isu yang tengah hangat ketika ini, turut meraih perhatian netizen adalah mengenai rupa paras dan usianya.

Menerusi semakan laporan media, Tyzo dikatakan berusia 57 tahun dan ada juga yang mengatakan umurnya 59 tahun ini berdasarkan video wawancara yang diterbitkan oleh Suria FM tahun lalu. Mana satu ni?

553 1

Disebabkan banyak media yang menulis umurnya dalam lingkungan lewat 50-an, rata-rata netizen bagaikan tidak percaya dan menjadi perbincangan di media sosial.

Meninjau respons yang ditinggalkan netizen di platform X, rata-rata seperti tidak percaya dengan usia yang dinyatakan oleh Tyzo.
Namun, menerusi satu balasan yang ditinggalkan oleh pengacara Ahmad Fedtri Yahya, figura yang turut bergelar penulis lirik itu difahamkan kini berusia lewat 40-an.

Menerusi tinjuan di media sosial, netizen memuji Tyzo yang disifatkan bertuah kerana awet muda dan masih tampan di usia kini.

Screenshot 2024 01 15 112925 Screenshot 2024 01 15 112948

Namun, menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh pengacara Ahmad Fedtri Yahya, Tyzo difahamkan kini berusia lewat 40-an.

Screenshot 2024 01 15 112841

Selain itu, laporan terkini daripada Harian Metro menulis umur bekas penyampai Suria Petang itu berusia 47 tahun.

Pada masa yang sama, ramai yang sedang menanti penjelasan daripada pihak pengurusan Suria FM terutama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang didakwa antara punca kontroversi ini tercetus.

Katanya, pihak pengurusan stesen radio terbabit bakal mengadakan satu sidang media bagi memberi penjelasan mengenai isu tersebut pada Jumaat ini.