Nampak je lembut & ayu rupanya panas baran, pelakon popular maki ibu mentua sebab harta?

Nampak je lembut & ayu rupanya panas baran, pelakon popular maki ibu mentua sebab harta?

 

Seorang pelakon dan juga pengacara popular dikatakan berani memarahi ibu mentuanya berhubung tentang harta yang berjumlah ribuan ringgit.

Susulan tidak berpuas hati, pelakon berkenaan tanpa berfikir jauh memaki hamun ibu mentuanya.

Menurut Utusan, dia ada berbincang dengan keluarga mentua berhubung dana untuk bantu pemasaran produk keluarannya, namun disebabkan sikap terpaling ‘serba serbi tahu’ membuatkan perbincangan menjadi tegang hingga dia mengeluarkan kata-kata kesat.

Kerana enggan membesarkan cerita, ibu mentuanya mengalah dan membiarkan pelakon berkenaan menggunakan dana tersebut untuk produk yang sehingga kini masih tidak kelihatan.

Sumber berkata pelakon yang juga merupakan seorang pengacara itu kelihatan seperti seseorang yang baik dan penuh kesantunan jika di depan orang ramai tetapi rupa-rupanya mempunyai sifat baran serta tanpa segan silu memaki hamun keluarga mentua.