Nama kena petik, suami Heliza Helmi tampil jawab ‘tuduhan scammer’ Fathia Latiff

Nama kena petik, suami Heliza Helmi tampil jawab ‘tuduhan scammer’ Fathia Latiff

 

Susulan tuduhan yang dikeluarkan pelakon Fathia Latiff menerusi sesi live miliknya pada pagi Isnin, suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘panas’ tersebut.

Katanya, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut memandangkan dia tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan industri perumahan.

“Saya Mahadi Badrul Zaman yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi ingin menegaskan dengan tegas bahawa saya tidak pernah terlibat dalan sebarang kegiatan industri perumahan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahadi juga menegaskan dia tidak pernah mengenali sama ada secara langsung atau tidak langsung aktres itu seperti yang diuar-uarkan.

“Saya tidak pernah mengenali secara langsung mahupun tidak langsung individu yang bernama Fathia Latiff seperti disebutkan dalam kenyataan sebelum ini,”jelasnya.

Terdahulu, Fathia mendakwa bahawa syarikat yang dimiliki Mahadi gagal menyiapkan kediaman yang dibelinya sejak 5 tahun lalu.

Bahkan, dia juga terpaksa membayar wang sebanyak RM2000 sepanjang  tempoh tersebut.