Nama abang sama, 2 beradik curi plat kereta lambang ‘Hakim’ untuk hadiah hari jadi abang

Nama abang sama, 2 beradik curi plat kereta lambang ‘Hakim’ untuk hadiah hari jadi abang

 

Bila nak dekat dengan hari lahir orang tersayang, kita akan merancang untuk membuat kejutan hadiah untuk mereka. Kalau boleh, kita mesti nak bagi sesuatu yang boleh disimpan dan dijadikan memori.

Namun, satu kes yang terjadi di Batu Caves, Selangor apabila dua beradik ditahan apabila salah seorang daripada mereka telah mencabut lambang ‘hakim’ pada kereta tersebut.

Difahamkan, lambang tersebut mahu diberi kepada abangnya sebagai hadiah hari jadi.

Hakim 1

Menurut laporan Kosmo!, lambang tersebut dicuri oleh remaja berusia 15 tahun kerana perkataan ‘hakim’ itu sama seperti nama abangnya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pengadu memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada 8.50 malam itu setelah dia menyedarinya selepas menunaikan solat di masjid.

Susulan itu, sepasukan polis daripada Cawangan Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sentul membuat serbuan di sebuah rumah di Batu Caves.

Hasil serbuan berkenaan berjaya menahan dua remaja lelaki warga tempatan yang juga adik-beradik. Kedua-dua tangkapan berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah tingkatan tiga.

Hakim 4

Siasatan awal mendapati, remaja tersebut lahir pada bulan di Disember dan ingin memberi hadiah hari lahir buat abangnya yang akan disambut pada bulan Mac akan datang.

Oleh itu, dia bertindak untuk mencuri plat lambang ‘hakim’ kerana sama dengan nama abangnya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek berusia 15 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.