“Nak pergi pasar, dah susun 40 bodyguard” – Pernah bergelar Raja SMS, Mawi imbau kenangan fenomena Tsumawi

“Nak pergi pasar, dah susun 40 bodyguard” – Pernah bergelar Raja SMS, Mawi imbau kenangan fenomena Tsumawi

 

Penyampai radio Zayan FM, Mawi dedah pernah dikawal  40 ‘bodyguard’ semata-mata mahu menjaga selebriti itu ke pasar raya untuk bertemu rakannya sewaktu Fenomena Tsumawi melanda industri hiburan Tanah Air satu ketika dahulu.

Menerusi temubual bersama Dina Nadzir dan Faliq menerusi segmen Borak Sinar Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani menyatakan hal tersebut berlaku sewaktu dia menjuarai Akademik Fantasia Musim ke-3.

“Masa tu nak pergi mana-mana pun maestro akan hantar security bodyguard. Tapi bukan seorang dua, 40!

“Ada sekali tu saya nak pergi pasar raya ni. Sebab sebelum ni saya pernah kerja dekat pasar raya ni. Saya pernah kerja 2 tahun dekat situ. Jadi saya ingat nak pergi balik pasar raya tu nak jumpa kawan-kawan lah.

“Lepastu bagi tahu dekat maestro, bagi tahu dekat Freddie Fernandez; “Bos, saya nak pergi pasar raya ni nak jumpa kawan-kawan, nak beli udang”.

“Dia tanya nak pergi dengan siapa, saya pergi dua oranglah dengan kawan saya. Dia minta tunggu sana jangan naik dahulu, tunggu di parking.

“Rupa-rupanya maestro dah susun 40 bodyguard. Saya sampai parking, saya ingat sorang dua, keluar 40 orang semua badan tegap-tegap,” ujarnya.

@sinar_my

Replying to @Deen Zulkefli Wow! Sampai 40 orang bodyguard jaga Mawi nak pergi pasar raya jumpa kawan eh lepas keluar dari AF 😱 Saksikan video penuh di Youtube SINAR! #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound – SINAR – SINAR

Perkongsian yang dibuat Mawi semenangnya antara salah satu kenangan sewaktu fenomena Mawi Word berlangsung sekitar tahun 2005 selepas penyanyi itu menjuarai AF3.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengakui bahawa sewaktu zaman tersebut, aura Mawi memang luar biasa sehingga mendapat perhatian cukup meluas walaupun penggunaan media sosial belum begitu meluas.

Mereka juga mengakui bahawa apa yang diceritakan Mawi sememangnya benar dan mungkin bagi sesetengah anak muda, tidak akan mempercayai apa yang diperkatakan selebriti tersebut.

fenomena tsumawi

Sekadar info, Mawi merupakan juara Akademik Fantasia 3 yang berlangsung pada tahun 2005. Pada tahun sama, Mawi turut memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian.

Frasa ‘Mawi Word’ cukup melekat buat anak jati Felda Taib Andak terbabit sehingga pelbagai produk mahu mengambilnya sebagai duta selepas menjuarai program realiti televisyen tersebut.