“Nak panggil abang atau abah?” – Jarak usia hanya 5 tahun, bapa mentua & bakal menantu raih perhatian

“Nak panggil abang atau abah?” – Jarak usia hanya 5 tahun, bapa mentua & bakal menantu raih perhatian

 

JODOH itu rahsia ALLAH yang menyatukan dua jiwa. Biarpun jarak usia mencecah puluhan tahun ia pasti akan bertemu jua. Seperti lelaki ini yang menerima bakal pasangan hidup 20 tahun lebih muda.

Lebih menarik lagi, bakal mentuanya hampir sebaya dan jarak usia hanya lima tahun!

Baru-baru ini, perbezaan umur Zaki Muhammad, 39, dengan bakal bapa mentuanya menjadi tular di laman sosial TikTok.

Klip video itu memaparkan beliau disarungkan cincin oleh bakal bapa mentua berusia 44 tahun pada majlis pertunangannya dengan anak sulung lelaki itu yang berumur 19 tahun.

Susulan perbezaan usia, video pertunangan pada 27 April berkenaan menerima lebih 1.2 juta tontonan dan 22,000 tanda suka.

Dalam pada itu, Zaki yang merupakan seorang usahawan mengucapkan syukur memiliki bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun jarak usia mereka hampir sebaya.

“Alhamdulillah mendapat bakal ibu bapa mentua yang baik pun satu rezeki,” katanya.

Ujar Zaki, usianya dengan bakal ibu mentua pula hanya berbeza setahun iaitu 40 tahun.

@z_bolkiah

Alhmdulillah ,dapat bakal mak bapak mertua baik pon satu rezeki 💚 #fypシ #tunang #mertua

♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti

Selain menerima ucapan tahniah, pemuda itu juga menerima pelbagai pujian daripada warganet yang mendakwa beliau awet muda.

Ramai tidak percaya apabila wajah Zaki kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Ujar mereka:

“39 ke bang, nampak muda.”

“Nak panggil abang atau abah?”

“Menantu awet muda, umur tak jauh sangat.”

“Bukti lelaki semakin berusia semakin kacak.”

“Semuanya ALLAH yang tentukan. Alhamdulillah, tahniah bro.’

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman melalui situasi yang sama dalam keluarga.

“Suami dan mak saya umur sebaya. Kalau sudah namanya menantu, tetap kena panggil emak. Alhamdulillah, sudah masuk 13 tahun.”

“Umur saya 45, bapa mentua 40 tahun.”

“Ibu saya dan suami hanya berbeza dua tahun.”

Tahniah buat Zaki dan pasangannya. Semoga ikatan yang terjalin akan membawa ke jenjang pelamin dan bahagia sepanjang hayat.