“Nak jual telefon sebab takde duit nak makan” – Kisah ibu tunggal anak empat ini undang sebak ramai

“Nak jual telefon sebab takde duit nak makan” – Kisah ibu tunggal anak empat ini undang sebak ramai

Memang tidak dapat dinafikan lagi memang ramai yang terkesan dengan terlaksananya PKP 3.0 kali ini.

Namun apa yang paling menyedihkan adalah bila ramai yang kehilangan sumber pekerjaan dan sehinggakan ada yang terpaksa mengikat perut tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup.

Begitulah apa yang terjadi kepada seorang wanita yang mulai tular di laman Tiktok.

Memuat naik satu video di akaun tiktok, lelaki ini merakam detik pertemuan dengan seorang wanita yang merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak.

Tengah rehat tiba-tiba akak ni mai. Dia nak jual telefon dia. Saya tanya kepada nak jual, dia cakap tak ada duit nak makan. Dari pagi tak makan. Ni dari pagi tak makan, anak dekat rumah pun tak makan. Minyak motor pun nak habis dah.

Kak buat kerja cuci rumah orang. Ni PKP tak boleh buat. Ni telefon anak dia tak bagi jual, tapi kak terpaksa. Duduk dengan anak 4 orang, kak ibu tunggal.

Takpa kak jangan jual telefon tu. Kami bagi duit sikit, duit ni dari supp0rtes kami dalam kerja amal. Kak bagi number telefon nanti, kami mai rumah hantar bantuan sikit.

Video tersebut mengundang sebak orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan wanita tersebut dipermudahkan segala urusan.

Serta ada juga yang berterima kasih kepada pemilik video kerana membantu wanita yang dalam kesusahan itu.

Sumber: Instagram shahrilrunner_ by  metrodaily