“Nak cerita pasal haji atau nak tayang body?” – Fezrul Khan dikritik buat konten pakai kain ihram

“Nak cerita pasal haji atau nak tayang body?” – Fezrul Khan dikritik buat konten pakai kain ihram

 

Perkongsian aktor Fezrul Khan mencuri perhatian wargamaya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Fezrul memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia membuat content mengenai ibadah Haji.

Dalam video berdurasi 28 saat itu, pelakon tersebut seolah-olah lupa bagaimana cara untuk memakai kain Ihram.

Ternyata video tersebut mencuri perhatian ramai, manakan tidak, tubuh badan Fezrul yang sasa turut terdedah.

Malah, content tersebut turut menggunakan pemandangan di Kota Suci Makkah di latar belakang.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Rata-rata seolah kurang senang dengan tindakan Fezrul membuat content tersebut yang dikatakan kurang sensitif kerana memperlihatkan tubuhnya yang mana juga aurat lelaki.

Ada juga yang mempersoalkan tujuan Fezrul membuat content sebegitu rupa. Apakah dia benar-benar mahu mempamerkan sosok tubuhnya yang sasa?

Fezrul Khan Fezrul Khan Fezrul Khan

Fezrul Khan