Nak buang TnG dan Smart Tag? Ini rakaman RFID gagal sampai palang kena kereta!

Nak buang TnG dan Smart Tag? Ini rakaman RFID gagal sampai palang kena kereta!

 

Gegak gempita media sosial apabila pengumuman Kementerian Kerja Raya yang ‘menjemput’ pengguna jalan raya untuk beralih ke RFID.

Secara tersirat, langkah tersebut turut diikuti dengan penghentian lorong TnG dan Smart Tag secara beransur-ansur di lebuh raya utama Malaysia.

Kedua-dua TnG dan Smart Tag merupakan suatu teknologi yang sudah diterima pakai oleh kebanyakan masyarakat.

Peralihan kepada teknologi RFID bukanlah tidak dialu-alukan namun rata-rata pengguna memberi pendapat bahawa teknologi RFID yang dilaksanakan di Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Untuk lebih bukti, berikut adalah rakaman dashcam pengguna RFID yang ‘tersangkut’ di lebuh raya.

 

Menurut portal WapCar, pengguna Tik Tok j_cy99 yang merupakan seorang pengguna RFID, kegagalan sensor RFID telah menyebabkan cermin hadapan dan bahagian plastik belakang tercalar kerana palang telah ditutup SEBELUM kenderaan melepasi tol.

Lebih malang lagi, dia juga mendakwa bahawa sudah mengadu kepada pihak berkenaan namun tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Penggunaan juga TnG dan RFID tidak sempurna. Kekurangan baki kad dan salah lorong juga merupakan kekurangan terbesar kedua-dua cara pembayaran tersebut namun ianya lebih mudah diselesaikan, selalunya tanpa melibatkan kemalangan dan sebagainya. Cuma, ia punca kesesakan trafik yang selalu dihadapi di lorong tol.

Pihak Touch N Go juga dialu-alukan untuk memberi penjelasan sebenar dalam mempromosikan RFID, kerana sama seperti pengguna tadi, sebarang soalan yang diajukan melalui email kepada Touch N Go tidak dijawab semula (atau jelas) justeru ramai yang masih mempunyai konotasi negatif terhadap khidmat pelanggan syarikat tersebut.