Nak bogel dari KL ke Johor jika JDT kalah, netizen tagih janji lelaki sembang kencang

Nak bogel dari KL ke Johor jika JDT kalah, netizen tagih janji lelaki sembang kencang

 

Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) menentang pasukan pilihan Johor Darul Takzim (JDT) pada Tm Piala Malaysia 2021 malam tadi sememangnya satu pencapaian yang luar biasa.

Walaupun ramai yang telah mengandaikan piala tersebut akan kekal di selatan Tanah Air, namun pada edisi ke-100 pengajuran Piala Malaysia, ia telah dibawa pulang ke Ibu Kota.

Nak bogel dari KL ke Johor

Ramai penyokong JDT seakan terdiam dengan kemenangan tersebut termasuklah seorang lelaki yang telah memuat naik video memaklumkan akan berbogel dari Kuala Lumpur menuju ke Johor andai KL City mampu menewaskan JDT.

 

Tutup muka malu lah tu

Gurauan tersebut nyata memakan dirinya apabila ramai yang telah menagih janji terhadap kata-katanya sebelum perlawanan bermula.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut telah tampil di media sosialnya dengan memuat naik gambar mukanya yang ditutup dengan pelitup muka.

Minta jangan kecam

Tak hanya itu, dia juga telah berkongsi video bertanyakan perihal tindakan orang ramai yang mengecamnya seakan tidak takut dengan dosa.

Lain kali tu cakap fikir dulu

Akan tetapi, lelaki berkenaan masih lagi dikecam dan ramai yang memintanya untuk melakukan apa yang diucapkan tempoh hari selepas KL City berjaya menewaskan JDT dengan jaringan 2 gol tanpa balasan di babak kedua final TM Piala Malaysia 2021.

Jangan sembang je bang

Nanti kalau buat jangan lupa live sekali

Siapa pulak yang berdosa?