Najib ‘salahkan’ DAP, cuba alihkan isu pembelian plot tanah

Najib ‘salahkan’ DAP, cuba alihkan isu pembelian plot tanah

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembelian tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan pendanaan Pelan Rasionalisasi 1MDB pada 2017.

Beliau menyifatkan bekas Perdana Menteri itu cuba mengalihkan isu pembelian plot tanah dengan mengaitkan hasil rumusan prosiding berkenaan sebagai usaha DAP untuk meneruskan propaganda mereka.

“Senang sahaja Perdana Menteri Keenam (Najib)  untuk sebut DAP dalam jawapannya. Perdana Menteri Keenam kata ini usaha DAP untuk meneruskan propaganda mereka”.Senang. Kaitkan DAP sahaja Perdana Menteri Keenam dapat lepas tangan.

“Perdana Menteri Keenam perlu tahu, ini Laporan PAC bukan laporan mana-mana parti. PAC ada 14 anggota. Tiga dari Umno, Bersatu (3), DAP (2), PAS (2), GPS (1), PKR (1), Amanah (1) dan Warisan (1), mahu sahkan, pohon masuk website Parlimen https://www.parlimen.gov.my/pac/ahli-jawatankuasa-pac.html.

“Dalam PAC kesemua 14 kami tidak kira baju apa kami pakai dan lambang mana kami wakili. Kami bertanggungjawab kepada rakyat dengan mandat daripada Dewan Rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

PAC sebelum ini mengesahkan bahawa satu plot tanah yang dibeli daripada kerajaan Persekutuan pada 2017 itu adalah untuk membayar hutang 1MDB.