Najib, Rosmah korban senjata buatan Barisan Nasional

Najib, Rosmah korban senjata buatan Barisan Nasional

 

NAJIB dan ROSMAH korban Senjata buatan Barisan Nasional.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) berkuatkuasa mulai 1.1.2009. Itu tiada keraguan langsung digubal ketika Barisan Nasional memerintah. Najib mulai menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 dan dalam tempoh sama Rosmah jadi FLOM.

1- 16 Akta SPRM memperuntukkan …..mana2 orang secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima apa-apa suapan….adalah melakukan kesalahan.

2- 24 pula menetapkan hukumannya adalah a) dipenjara tidak melebihi 20 tahun b) didenda tidak kurang dari 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan itu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Dalam kes Najib dendanya RM210 juta atau jika gagal bayar 5 tahun penjara.

Rosmah pula kena denda membawa jumlah kesemuanya RM970 juta atau jika gagal bayar 10 tahun bagi tuduhan Pertama, 10 tahun lagi bagi tuduhan ke2 dan lagi 10 tahun untuk tuduhan ke3. Maknanya kalau tak bayar langsung sesen pun, akan jadi 10 tahun juga kerana hakim telah putuskan untuk berjalan concurrently juga.

Kes Najib, adalah jadi fakta melalui keterangan2 yang dibentang di Mahkamah RM42 juta sudah masuk dalam akaun banknya. Jadi ianya 42 x 5 = 210. Itu simple dan jelas.

Bagi kes Rosmah pula, mungkin apabila Akta SPRM ini digubal, tidak terbayang oleh sesiapa baik pengubalnya atau Ahli Parlimen yang meluluskan Akta itu, akan terkena kepada FLOM.

Dalam kes FLOM ini, tuduhannya ialah beliau meminta suapan dalam bentuk %. Jumlah yang diminta tidak sampai semua kepada FLOM. Ikut keterangan yang sampai dalam beg ialah 6.5 juta.

Malang lah nasib FLOM. Seksyen 16 Akta SPRM itu, bersetuju untuk terima tapi belum terima pun satu kesalahan.

Kalau dalam undang2 jenayah biasa tuduhan dibawah Penal Code, itu baru attempt to commit a crime. Crime itu belum complete. Attempt juga satu kesalahan tetapi tidak lah seberat itu hukumannya.

Attempt to commit suicide is also a crime tapi tidak lah berat mana hukuman nya.

Siapa yang gubal undang2 SPRM ini? Kerajaan Barisan Nasional lah siapa lagi?

Ini lah dikatakan senjata makan tuan dan bini tuan.

Elok lah parlimen pinda semula Akta SPRM ini. Niaya lah attempt to commit a crime pun crime juga.

Nak kata zalim tu tak sampai hati tapi undang2 SPRM ini pelik sikit.

Shamsuddin Nawawi