Najib didakwa upah perisikan British, pun masih gagal kesan aset Tun Mahathir

Najib didakwa upah perisikan British, pun masih gagal kesan aset Tun Mahathir

 

1- Setahun lepas, aku menonton dokumentari Al Jazeera berkaitan skandal 1MDB, dilaporkan pengakuan Jho Low sendiri, Najib telah menghubungi orang berpengaruh disana yang rapat dengan PM British, Menggunakan kepakaran perisikan Polis terbaik dunia ( Scotland Yard) menjejak aset Tun Mahathir di seluruh Dunia.. Hakikatnya tidak ada satu pun bukti dijumpai..

2- Pada Tahun 2017 , Setahun sebelum PRU 14..Beberapa syarikat anak Tun Mahathir diserbu LHDN, antaranya syarikat Opcom yang Mukhriz ada kepentingan saham dalamnya.. Fail dirampas, Dah pasti bila takda pendakwaan.. Takda sebarang salah laku ditemukan.. Depa ingat..semua orang lari cukai macam dia ngan anak dia.. Adik dia sendiri Nazir Razak takda sapa marah kekayaan dan pemilkan dia dalam CIMB.. adik dia tak lari cukai..

3- Sekali lagi, Najib yang didedahkan menuntut Aset berupa tanah dan rumah bernilai RM 100 Juta, Cuba kaitkan pula Pejabat Tun Mahathir hari ini sebagai pemberian cuma mengalihkan perhatian Rakyat.. Itulah perangai Najib, Nak tutup salah dia..cuba kaitkan orang lain..

4- Akhirnya kantoi, Secara Terbuka di dalam Parlimen, Tun Mahathir yang berjasa 22 Tahun sebagai Perdana Menteri tidak memohon sebarang kesitimewaan atau Tanah untuk diri dia sendiri selepas bersara.. walaupun dia layak berbuat tuntutan tersebut..

Bagi aku hat pemimpin PAS pun belum tentu menolak keistimewaan ini walaupun takda jasa..Tanah ngan Mercedes pun depa sapu… Jangan kata pemimpin Politik, Ada ADO, Pegawai tinggi, Pengarah Jabatan Agama, Mufti Kerajaan semua tanah anugerah kerajaan depa sapu..

5- Sekali lagi Najib masih tak berpuas hati.. Dedahkan Tun Mahathir, kononnya ada Pajakan Tanah 34 Ekar di Langkawi milik LADA, Pendedahan Najib itu sekali lagi membuktikan Tun Mahathir jauh berintergiriti.. Tanah tu dipajak, Pajak ni umpama sewa.. Dan Jumlah pajakan juga tinggi seperti nilai pasaran, Takda sebarang keistimewaan pun biarpun Tun orang berjaya majukan Langkawi, Tun pun dah serah balik sebab pajakan dinaikkan…

6- Pajakan Tu bukan dapat free macam harta karun, Barang mewah yang dirampas di kediaman milik Najib dan Rosmah.. Sedap jer Najib bagi alasan harta Karun tu pemberian pemimpin luar, Pemimpin Arab.. Maknanya 22 Tahun pemerintahan Tun, lebih banyak harta Karun Tun disimpan berbanding Najib dari pemberian Raja Arab, Sebab Tun lebih di hormati di Negara luar berbanding Najib..

7- Tak Puas hati, Si Najib kata Tun tak jawab isu permohonan konsesi balak di Sarawak tahun 1994.. Rasa aku pendedahan ni, Najib dah timbulkan tahun 2019.. Mukhriz dah jawab pun soal kerjasama dia dengan rakan perniagaan, Apa kaitan dengan Tun dan konsesi di Sarawak ? Tun KM Sarawak ke masa tu ?

8- Tapi itulah Najib.. Samada Tuduhan dia pada Tun Mahathir, Atau kepada Gabenor Bank Negara Ts Zeti , Takda apa pun bukti yang dapat menyucikan dosa dia.. Bagi aku ia lebih mendedahkan Intergriti PM dulu dari PM yang didakwa Hakim sebagai Pengkhianat Negara..

9- Aku mudah jer, Bila dilaporkan perisikan Polis terbaik Dunia seperti Scotland Yard pun tak dapat jejak aset Tun Mahathir, Kalau takat laporan kaitkan Tun dengan Pandora Papers tu tidak lah menyakinkan aku..aku ni jenis orang yang percaya kepada fakta dan Data, Bukan sentimen Politik..

10- Sebab aku masih ingat Tahun 1999, Masa aku masih sekolah.. Aku dah pernah dapat cerita, Flyers dengan gambar Tun seperti Mahafiraun , Siap ada No akaun Swiss Bank Tun Mahathir.. Mungkin masih ada dalam simpanan kotak Ezam..Malangnya dah sampai umur 40. Masih belum dapat dijejak hatta dibuktikan oleh Scotland Yard.. 🙂

Ipohmali