Nahas helikopter TLDM, suami sepupu Eyra Hazali antara terkorban

Nahas helikopter TLDM, suami sepupu Eyra Hazali antara terkorban

 

Nahas dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi turut mendapat perhatian selebriti tanahair apabila pelakon Eyra Hazali turut memaklumkan salah seorang ahli keluarganya turut terlibat di dalam nahas tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.

Nahas Helikopter Terhempas, Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban

Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.