Wanita dedah bekas suami hanya beri nafkah 3 sen buat ramai geram

Wanita dedah bekas suami hanya beri nafkah 3 sen buat ramai geram

 

Wanita dedah bekas suami hanya beri nafkah 3 sen buat ramai geram

Seorang wanita reda dianiaya dan percaya dengan rezeki daripada Allah S.W.T apabila menunjukkan bukti transaksi nafkah yang diberi bekas suami kepada anak mereka berjumlah RM0.03 sahaja.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai cheeksiti apabila memuat naik tangkapan layar transaksi berkenaan sambil menyikat rambut anaknya.

Dalam viedeo berkenaan, wanita itu menyatakan tindakan lelaki itu untuk menyakitinya tidak berjaya kerana dia lupa bahawa rezeki Allah S.W.T itu luas dan doa orang yang dizalimi pasti didengar oleh Maha Pencipta.

“Dia cuba menyakiti saya tetapi tidak berjaya kerana dia melupakan dua perkara iaitu rezeki Allah sangat luas dan doa-doa orang yang dizalimi,” tulisnya.

Dapat dilihat dengan jelas nilai nafkah yang tertera pada tangkapan layar tersebut yang hanya berjumla RM0.03 dan disertakan keterangan ‘nafkah Nayla Disember 2024’.

@cheeksiti

♬ WILDFLOWER – 𝐸𝐼𝐿𝐼𝑆𝐻♥︎

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen di media sosial di mana rata-rata berasa geram dengan tindakan biadap seorang bapa terhadap anaknya sendiri.

Mereka juga mendoakan supaya lelaki seperti itu tidak mendapat kesenangan dalam hidup kerana menzalimi bekas isteri dan juga darah daging sendiri.

Walau bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan tiada bukti menyatakan bahawa bekas suami kepada wanita itu benar-benar memberikan nafkah sebanyak itu sahaja.

Namun, jika benar perkara itu terjadi, diharap lelaki tersebut berubah dan menjadi seorang bapa yang lebih bertanggungjawab agar tidak menyesal di kemudian hari.