Kucing meringkuk ketakutan, Nadiyah Shahab cadang bunga api diharamkan

Kucing meringkuk ketakutan, Nadiyah Shahab cadang bunga api diharamkan

 

Kucing meringkuk ketakutan, Nadiyah Shahab cadang bunga api diharamkan

Pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab bersuara mengenai letopan bunga api yang sering memeriahkan suasana perayaan yang disambut di Malaysia.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Threads, Nadiyah atau nama lengkapnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab akui sedih melihat haiwan yang dalam ketakutan termasuk kucing peliharaannya.

Menurut Nadiyah, dia ingin bunga api diharamkan untuk kebaikan semua pihak.

Boleh ke kita haramkan bunga api untuk semua?

Jumlah kucing dan anjing yang meringkuk ketakutan setiap malam.

Saya sedih melihat kucing saya dalam keadaan sebegitu.

Nadiyah Shahab haramkan bunga api

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan ciapan usahawan berusia 31 tahun itu. Selain itu, warganet turut memberi beberapa cadangan seperti membuat bilik khas yang kalis bunyi untuk haiwan peliharaanya.