Nabila Razali terkejut dipanggil ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

Nabila Razali terkejut dipanggil ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

 

Penyanyi Nabila Razali mengakui masih belum terbiasa dengan gelaran puan sejak bergelar isteri.

Ketika ditemui, Nabila, 31, mendedahkan dia pernah terlupa dengan status baru ketika berada di tempat letak kenderaan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kata pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, dia tersedar selepas ditegur oleh individu itu.

Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?

Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar.

Nabila berkata demikian ketika pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai masakan pertama yang dihidangkan kepada suami, pelantun lagu Peluang Kedua masih belum sempat untuk menujukkan kehandalan beraksi di dapur.

Bagaimanapun, kata Nabila dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama.

Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tidak sabar untuk masaknya kepada suami.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu selepas berkahwin tidak ada lagi peminat lelaki yang menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi.

Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi.

Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya.

Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.