Nabila Huda menangis teresak kucing kesayangan akhirnya ‘pergi’ selepas bertarung sakit kronik
Pelakon hebat, Nabila Huda tak dapat tahan sebak apabila kucing kesayangan yang menghidap sakit kronik akhirnya ‘pergi’ juga selepas beberapa hari berada dalam keadaan nazak.
Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story, dapat dilihat kucing yang diberi nama Aoki berada dalam keadaan lemah dan sempat mengeluarkan darah dari bahagian mulut sebelum dikejarkan ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Walau bagaimanapun, kondisi Aoki semakin tenat dan tidak dapat diselamatkan sebelum akhirnya kehabisan nyawa di hadapan pelakon tersebut.
Nabila yang tidak dapat menahan sebak menangis teresak-esak sewaktu menggendong kucing berkenaan di dakapannya sehinggalah dia dan suami mengambil keputusan mengebumikan Aoki di perkarangan rumah selepas didapati sudah tidak bernyawa.