Myvi bergerak guna dua tayar elak bertembung dengan lori macam dalam filem

Myvi bergerak guna dua tayar elak bertembung dengan lori macam dalam filem

 

Kawasan jalan raya yang kecil selalunya memberikan cabaran bagi pemandu lori atau treler, kerap kali kenderaan bersaiz besar seperti itu akan ‘makan jalan’ sedikit untuk memudahkannya bergerak di kawasan selekoh.

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam di mana ada sebuah Perodua Myvi berwarna biru secara tiba-tiba berjalan guna dua tayar untuk elak lori tangki minyak yang ‘makan jalan’ dari arah bertentangan.

 

Menurut Vocket, pada awal rakaman video itu ada sebuah lori berada di hadapan tiga buah kereta, apabila lori itu menghampiri kawasan selekoh ia ‘makan jalan’ sedikit sebelum datang sebuah Myvi berwarna biru dari arah bertentangan.

Mungkin kerana terkejut dengan kehadiran lori itu, Myvi itu mengambil selekoh sehingga terangkat kedua-dua tayar kirinya dan bergerak menggunakan dua tayar belah kanan sahaja sebelum ia bergerak semula seperti biasa setelah melepasi lori berkenaan.

Video pendek berdurasi 12 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang terkejut melihatnya, ada juga yang berasa geli hati.

Bagaimanapun ramai yang memuji kecekapan pemandu Myvi itu kerana berjaya mengawal kenderaan dengan baik untuk mengelak pertembungan dengan kenderaan bersaiz besar itu.

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV – sstv.my

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah netizen lagi, pasti pemandu itu ‘kecut perut’ kerana terpaksa hadapi situasi yang nyaris mengakibatkan kemalangan itu. Pada masa sama warganet mengucapkan rasa syukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku.