Myvi berada dalam laut undang tanda tanya, rupanya…

Myvi berada dalam laut undang tanda tanya, rupanya…

 

Kenderaan jenis Myvi cukup terkenal dalam pengguna jalanraya di Malaysia. Digelar sebagai ‘King of the road’, prestasi kereta ini agak mengagumkan.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan dari jenis Myvi berada dalam laut. Rakaman tersebut menjadi tanda tanya bagaimana kenderaan tersebut boleh berada di dalam laut.

Menerusi perkongsian tersebut kelihatan air pasang menyebabkan kenderaan itu berada di dalam laut. Nampaknya agak jauh dari pantai dan air pula semakin naik tinggi.

Perkongsian pendek dengan paparan Myvi berada dalam laut ini telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana ia boleh ada di situ. Berikut adalah perkongsian rakaman pendek ini:

@shhrulnzm_

Once king, always king. Kesian tapi macam kelakar tapi haih kesian jelah 🙂😌 #fyp

♬ original sound – syashasamsudin – 𝓝𝓢𝓢🔐

Dalam satu perkongsian lain kenderaan tersebut telah berjaya dikeluarkan dari laut dengan bantuan orang ramai dan bomba. Ini adalah muat naik tersebut:

@mycil_hafez

Semoga dipermudahkan #myvi #foryou #fypage

♬ Meeoooow – KHBS0

Di ruangan komen, pelbagai reaksi warganet ditinggalkan. Ada yang menjadikan kejadian ini sebagai bahan gurauan seperti berikut:

“Grab dapat customer address kat kapal. Nak tak nak redah juga lah”

Screenshot at Oct 14 10-06-09

“King cita2 nak jadi kapal selam”

Screenshot at Oct 14 10-05-51

“Macam mana boleh sampai stu nyah”

Screenshot at Oct 14 10-05-32

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun menerusi laporan media tempatan, difahamkan kenderaan tersebut diparkir di kawasan berhampiran Pantai Sentosa, Sekinchan. Pada waktu itu air laut sedang surut dan tak disangka air pasang secara mengejut menyebabkan perkara tersebut terjadi.

Pemilik kenderaan itu dikatakan sedang leka mengutip lala ketika kejadin ini berlaku. Selepas tersedar keretanya ditenggelami air laut, pemilik terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.