Murung digelar mandul, suami menangis di bahu isteri dapat ‘pregnancy test’

Murung digelar mandul, suami menangis di bahu isteri dapat ‘pregnancy test’

 

Menimang anak sendiri yang dikandung selama 9 bulan menjadi impian ramai wanita. Namun semuanya berbalik kepada rezeki Tuhan. Apa yang paling penting adalah bagaimana sokongan seorang suami dapat menjadikan isteri mereka lebih kuah menempuh fasa berkenaan. Mana taknya, isu lambat mengandung terkadang dikaitkan dengan dakwaan mandul yang cukup mengguris hati.

Bella harap umi dan ibu sabar untuk Along dapat zuriat

Pada tahun lalu, pasangan YouTubers ini pernah tular dan membuatkan ramai berasa sebak. Bella yang merupakan isteri kepada Alieff Irfan ketika itu berharap agar ahli keluarga boleh sabar menantikan detik untuknya hamil suatu hari nanti.

Bila period lambat sikit je mesti check, tapi selalu negative

Berkat 2 tahun bersabar, semalam Bella akhirnya berkongsikan berita gembira kini dirinya sedang berbadan dua. Akui pernah mengalami depression akibat cemuhan melampau segelintir pihak, rezeki berkenaan disambut penuh kesyukuran termasuklah buat suaminya sendiri. Alieff terlihat nangis berteriak selepas mendapat tahu bakal bergelar ayah tidak lama lagi.

Depression Digelar Mandul, Suami Dapat Pregnancy Test Menangis Di Bahu Isteri 3

Allah bagi cepat atau lambat…Bersabarlah pasti ada balasan untuk yang sabar

Meraih 1.4 juta tontonan sejak dikongsikan, pengikutnya turut menumpang bahagia dengan kebahagiaan baru pasangan suami isteri berkenaan. Tiada kata-kata lain yang terucap selain berharap semoga Bella dapat menjaga kandungan itu sebaiknya.

Depression Digelar Mandul, Suami Dapat Pregnancy Test Menangis Di Bahu Isteri 4

Depression Digelar Mandul, Suami Dapat Pregnancy Test Menangis Di Bahu Isteri 5

Depression Digelar Mandul, Suami Dapat Pregnancy Test Menangis Di Bahu Isteri 6