“Nyawa jadi taruhan..” – Murid jadikan besen sebagai perahu ulang alik ke sekolah undang sebak
Satu perkongsian di media sosial ternyata telah menjentik hati sanubari netizen gara-gara kesusahan seorang budak lelaki yang terpaksa bergadai nyawa untuk ke sekolah.
Dalam video yang menjadi tular itu, seorang murid dilihat menggunakan besen sebagai perahu sambil menggunakan tangannya sebagai pengayuh.
Ia kemudian mencetuskan banyak kritikan kurang senang kerana kawasan pendalaman di Sabah Sarawak turut ‘dihuni’ buaya dan haiwan liar yang lain.
@borak_viralofficial Murid jadikan ‘besen’ sebagai perahu untuk ke sekolah, ya Allah risaunya keselamatan diorang!!! Berita penuh layari kisahjalanan.life kisahjalanan mediahotnews borakviral fyp #foryoupage #tiktoker
Pastinya keselamatan kanak-kanak itu menjadi topik hangat selain ramai yang mempersoalkan di manakah ahli politik yang menyelia kebajikan rakyat kawasan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik selain menyatakan cadangan untuk membina jambatan sebagai laluan yang lebih selamat buat penduduk.
Ujar netizen lagi, kenapa pihak berkuasa mampu membina pencakar langit di tengah-tengah bandar sedangkan sebuah jambatan yang mampu menyelamatkan nyawa manusia tidak menjadi keutamaan.