Murid hadiahkan mempelam pada majlis perpisahan Guru Besar undang rasa sebak
Seorang guru tidak dapat menahan sebak setelah menerima hadiah berupa beberapa biji mempelam daripada seorang anak muridnya yang juga merupakan seorang anak yatim.
Menurut hantaran di laman TikTok zamrimatkl, pelajar tersebut juga berasal daripada keluarga yang susah namun sangat menyayangi bekas gurunya itu.
@zamrimatkl Juraian airmata menjadi saksi kasih seorang mantan Guru Besar dan perasaan sayang dari anak² SK Seberang Marang yang dipupuk sepanjang 6tahun perkhidmatan,mengiringi hari perpisahan di dewan yang mulia D’Sbrang pada tanggal 7 Ogos 2024 Kisah seorang anak yatim begitu menyentuh hati dengan memberikan hadiah perpisahan beberapa biji buah mempelam (seadanya) kerana dia tahu itulah buah kegemaran mantan guru besar yang disayangi… #perkongsiannilaikasihsayang di sekolah