Muat naik foto terbaring & badan berwayar, Ruhainies masuk hospital?

Muat naik foto terbaring & badan berwayar, Ruhainies masuk hospital?

 

Pelakon Ruhainies memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang berbaring mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, dia memuat naik foto separuh wajahnya dan memperlihatkan mengenakan pakaian hospital serta wayar di badannya.

Namun begitu, Ruhainies sekadar memuat naik foto tanpa meninggalkan sebarang kapsyen pada hantaran Insta Storynya.

Ruhainies

Terdahulu, Ruhainies didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah.

Malah, mereka berdua telah memberi penjelasan sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Bukan itu sahaja, pasangan pelakon ini juga dihentam teruk oleh warganet dan rakan baik Ruhainies mendedahkan bahawa dia kini banyak berdiam diri.