“Mu jawab dengan Allah.” – Warga emas kecewa tak dibenar solat Jumaat
Umum sedia maklum bahawa ketika ini banyak kekangan berkenaan perhimpunan ataupun aktiviti berkumpulan terpaksa dihadkan kerana bimbang penularan pandemik yang masih berada di dalam lingkungan kita.
Walaupun aktiviti di masjid seperti Solat Jumaat sudah dibenarkan, namun tetap perlu melakukan penjarakkan sosial dan jumlah jemaah terpaksa dihadkan mengikut keluasan masjid.
Kecewa tak dapat solat
Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, pengguna media sosial yang memakai nama akaun hambaallah1989 telah memuat naik video seorang lelaki warga emas yang kecewa apabila tidak dibenarkan untuk solat Jumaat.
@hambahallah1986 Reply to @keraekor02 sorry semalam ada ada post kene banned 🥰
Dalam video berkenaan, dapat didengar dengan jelas warga emas tersebut meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa balik dan tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid sambil memegang sejadah.
“Aku orang Islam, yang kau tak bagi sembahyang. Mu jawab dengan Allah.” Luahnya
Surau kecil tapi ada 4 apartment
Walaupun ada yang meninggalkan komen dengan mengkritik tindakan warga emas itu kerana tidak datang awal untuk mendapat peluang solat Jumaat, pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut telah tampil mempertahankan pakcik tersebut.
@hambahallah1986 Reply to @u.zik24 hopefully netizen faham
Sedih pula dengar dia cakap jawab dengan Allah
Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan memaklumi perasaan warga emas itu yang gagal untuk solat secara berjemaah.
Mereka juga akui sedih melihat situasi tersebut dan berharap agar ada peraturan untuk solat berjemaah bagi membolehkan semua pihak merasai nikmat beribadah semula.
Pak cik tu mesti dah rindu solat jemaah
Tapi kenapa mall, wayang dah boleh buka?
Budak2 yang cuma main2 tu baik bagi atuk ni tempat
Sumber: OMM, hambaallah1989