MP sahkan tiada usul undi percaya terhadap PM dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat pada sesi parlimen kali ini
Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak menyenaraikan usul undi percaya untuk menentukan keabsahan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perkembangan terkini itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam ciapan di laman Twitter.
Katanya, usul yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat adalah berkaitan pemilihan Timbalan Speaker, perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara supaya tidak menghalang ahli-ahli Parlimen ke Parlimen dan usul menjunjung kasih.
“Baru terima aturan urusan mesyuarat @MYParlimen
“Soalan pertama 14/9 oleh Jempol, diikuti Port Dickson.
“Usul: • Pilih Timbalan Speaker • Perintah Dewan kepada KPN utk tidak halang MP ke Parlimen • Usul menjunjung kasih Tiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” katanya dalam ciapan tadi.
Baru terima aturan urusan mesyuarat @MYParlimen.
Soalan pertama 14/9 oleh Jempol, diikuti Port Dickson.
Usul:
• Pilih Timbalan Speaker
• Perintah Dewan kepada KPN utk tidak halang MP ke Parlimen
• Usul menjunjung kasihTiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60 👀 pic.twitter.com/LD7Vlq2LTB
— Fahmi Fadzil 🇲🇾🏴 (@fahmi_fadzil) September 7, 2021
Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 13 September hingga 12 Oktober.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menitahkan Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menitahkan sedemikian bagi membolehkan Perdana Menteri Kesembilan mengabsahkan dirinya telah mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang.Katanya, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Malaysia Gazette