Motosikal dirempuh Tesla gara-gara pukul ‘side mirror’ sebab tak puas hati tukar lorong

Motosikal dirempuh Tesla gara-gara pukul ‘side mirror’ sebab tak puas hati tukar lorong

 

Sekitar jam 8.34 pagi tadi telah berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenama Tesla berwarna merah. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kejadian itu berlaku di mana.

Menerusi satu hantaran video dashcam yang dimuat naik oleh @dellidrus di X, sebuah kereta Tesla sedang menukar dari lorong tengah ke lorong kiri. Dalam pada itu, sebuah motosikal dari arah belakang sedang melalui lorong kiri itu.

Walaupun pemandu Tesla itu sudah memberi lampu isyarat, penunggang motosikal berkenaan mungkin terkejut kerana dia hampir digesel oleh kereta tersebut.

Berang dengan tindakan pemandu kereta itu, penunggang motosikal terus memukul cermin sisi belah kiri kereta berkenaan.

Tanpa berfikir panjang, pemandu kereta elektrik tersebut terus merempuh motosikal itu ke penghadang tepi sehingga dia jatuh ke jalan raya.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut terus meluncur laju dan meninggalkan penunggng motosikal itu.

Video berdurasi 18 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen di X. Rata-rata daripada mereka menyalahkan penunggang motosikal kerana menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Tesla 1

Tesla 2

Tesla 3

Selain itu, ada netizen berpendapat kedua-dua mereka salah kerana tidak dapat bertolak ansur daripada awal.

Tesla 4

Tesla 5

Disebabkan kes sebegini banyak berlaku sejak dahulu lagi, ada netizen menyarankan supaya kelas memandu juga mengajar tentang cara untuk mengawal kemarahan ketika berada di jalan raya.

Tesla 6