Model sut hijau selamba tak pakai bra, tayang dada tersembul di Kedah Fashion Week 2022

Model sut hijau selamba tak pakai bra, tayang dada tersembul di Kedah Fashion Week 2022

 

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa gambar seorang ‘wanita’ yang berpakaian menjolok mata di Kedah Fashion Week 2022.

Gambar tersebut tular di laman Twitter apabila ada pihak memuat naiknya dan mempertikaikan tindakan penganjur membenarkan pemakaian tersebut.

Risau masuk angin

Mana tidaknya, kehadirannya dengan memakai pakaian blouse bewarna hijau menarik perhatian ramai terutamanya warganet susulan dia dilihat tidak memakai pakaian dalam hingga menampakan bahagian dada.

Betul ke pondan?

Walau bagaimanapun, selain berbahas tentang pakaian individu terbabit, netizen juga turut mempersoalkan tentang jantinanya kerana ada mengatakan dia seorang lelaki.

Hal tersebut susulan daripada komen-komen yang dibuat oleh warganet di media sosial dengan mengatakan yang individu berkenaan adalah lelaki.

Kenapa dada bengkak tu?

Apa jantina dia?

Ingatkan London Fashion Week

Ada juga yang bertanya secara sindiran tentang kedatangan ‘wanita’ itu seolah-olah menghadiri London Fashion Week melihat daripada penampilannya yang begitu berani.

Segelintir warganet juga berpendapat penganjuran KFW22 telah mencemarkan imej negeri Kedah.

Susulan daripada itu, pihak penganjur KFW22 diminta untuk membuat penjelasan berhubung hal tersebut memandangkan ia telah menjadi bualan ramai.

KFW22 tak mendapat kelulusan

Menerusi laporan dari Kosmo! Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memaklumkan yang tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Hasil semakan awal mendapati pihak penganjur juga tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur untuk meminta penjelasan seterusnya mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

‘Wanita’ berpakaian menjolok mata itu telah hadir pada hari ketiga KFW22 dengan tema Theme Of Style.

Untuk makluman, antara jenama yang turut serta ialah Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA, Parkson, Nuway, Teva, Birkenstock Studio, Steve Madden dan Swarovski.