Misya Mazlan respon isu ‘photoshoot’ dengan suami & madu

Misya Mazlan respon isu ‘photoshoot’ dengan suami & madu

 

Ekoran isu kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon Abby dan Norman Hakim, Marissa Dania dan suaminya Aslam yang baru-baru ini terlihat digandingkan bersama dalam sebuah photoshoot bagi sebuah jenama, Misya Mazlan tampil memberi kenyataan di media sosialnya.

Berdasarkan story Instagram yang dimuat naik oleh Misya, dia mengakui dirinya terkejut dengan situasi di mana madunya hadir bersama suaminya untuk sesi fotografi tersebut.

Menurutnya, pihak jenama tempatan itu dianggap tak sensitif kerana telah mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya.

Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing. Cuma tak pernah terfikir akan sampai macamm ni, nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang,

misya

Bukan itu sahaja, isteri pertama kepada Aslam ini turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua mesej yang berbentuk sokongan dan doa daripada rakan-rakan serta followers.

Tambahnya di hantaran yang sama, Misya mengakui dirinya kecewa dengan kejadian tersebut namun dia percaya pasti akan ada ganjaran baik sebagai balasan untuk ujiannya ini.

Kepada semua yang mesej, maaf Misya tak sempat nak respon semua, terlalu banyak. Dan kata-kata korang semua buat Misya lebih semangat.

Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya.

Sebelum ini, kakak kepada Misya ini telah membidas founder serta jenama pakaian yang bekerjasama dengan Misya, Marissa dan Aslam kerana telah mengambil kesempatan dan marketing atas hal peribadinya.

Tambahan pula, Misya juga tidak tahu photosoot tersebut melibatkan madu dan suaminya secara serentak.