Misteri terjawab, dalang aniaya pelajar MRSM telah dipindahkan senyap-senyap

Misteri terjawab, dalang aniaya pelajar MRSM telah dipindahkan senyap-senyap

 

Terdahulu kecoh di Facebook tentang luahan kecewa seorang wanita terhadap pihak MRSM Kuantan, gara-gara lewat bertindak menangani isu anaknya yang telah dianiaya penghuni asrama berkenaan sejak Jun lalu.

Selain uniform sekolah diconteng dan rambut digunting ketika tidur, dia turut mendakwa wujudnya perbuatan bermotif khianat sehingga menyebabkan anaknya mengalami ‘anxiety‘.

Misteri Terjawab, Dalang Aniaya Pelajar MRSM Telah Dipindahkan Senyap-Senyap 2

Status & akaun FB ibu tiba-tiba lesap…ada yang speku pelajar itu mungkin sebenarnya pelaku

Bagaimanapun, timbul kontroversi apabila akaun Facebook wanita berkenaan tiba-tiba lesap.

Awalnya ramai berpendapat ia mungkin berlaku selepas campur tangan pihak polis.

Seorang pengguna Twitter pula tampil dengan spekulasi ‘plot twist‘, kononnya pelajar perempuan itu mungkin adalah pelaku isu tersebut.

Misteri Terjawab, Dalang Aniaya Pelajar MRSM Telah Dipindahkan Senyap-Senyap 4

Ramai bertambah ragu bila ‘kantoi’ ada kepingan nota pelik yang tak dimuat naik oleh si ibu

‘Teori’ itu dikukuhkan lagi dengan penemuan sekeping nota tulisan pelajar anxiety tersebut, menyatakan dia telah dianiaya oleh orang tua sendiri.

Gara-gara ia tidak pernah dimuat naik ke Facebook sebelum ini, sekali gus netizen juga mula meragui dakwaan asal ibunya.

Misteri Terjawab, Dalang Aniaya Pelajar MRSM Telah Dipindahkan Senyap-Senyap 5

Beberapa pelajar maktab yang terlibat mengasari pelajar itu telah pun dipindahkan ke tempat lain

Portal Harian Metro sebentar tadi mengesahkan, beberapa pelajar MRSM Kuantan yang dilaporkan terlibat mengasari pelajar perempuan itu telah pun dipindahkan ke tempat lain.

Ia secara tidak langsung, membuktikan bahawa terdapatnya elemen gengsterisme dalam isu berkenaan.

Difahamkan tindakan disiplin itu dibuat secara ‘senyap-senyap’, kerana tidak mahu menimbulkan spekulasi liar daripada umum.

Misteri Terjawab, Dalang Aniaya Pelajar MRSM Telah Dipindahkan Senyap-Senyap 6