“Miskin tak semestinya kotor” – Hias & kemas bilik walau serba kekurangan, kanak-kanak 8 tahun dipuji netizen

“Miskin tak semestinya kotor” –  Hias & kemas bilik walau serba kekurangan, kanak-kanak 8 tahun dipuji netizen

 

Meskipun kehidupan tidak dilimpahi wang ringgit atau barangan berjenama namun itu bukanlah penghalang untuk seorang kanak-kanak memastikan ruangan peribadinya dikemas serta disusun rapi.

Tular di Facebook satu hantaran dimuat naik oleh aktivis terkenal, Syed Azmi pada tahun lalu tentang sebuah keluarga yang hidup mereka kurang berkemampuan.

Walaupun serba kekurangan, namun keluarga itu dilihat tidak menjadikan alasan untuk membiarkan rumah dalam keadaan bersepah dan kotor seperti sesetengah orang.

Dari kawasan ruang tamu, hinggalah ke dapur dan bilik-bilik dalam rumah lima sekeluarga tersebut dilihat begitu kemas dan bersih sahaja.

Bukan itu sahaja, bilik anak bongsu pasangan berkenaan turut menjadi perhatian selepas kanak-kanak berusia 8 tahun tersebut dilihat menghias ruang itu dengan tema berwarna merah jambu.

Meksipun dinding hanya kayu namun bahagian lantai, cadar dan langsir semuanya serba serbi berwarna merah jambu ala Barbie.

Kegigihan kanak-kanak itu menghias bilik tidurnya dan memastikan ia sentiasa kemas dipuji ramai warganet malah rata-ratanya turut memuji ibu bapanya kerana mengajar anak untuk disiplin.

Rata-rata pengguna Facebook bertanya tentang tabung sumbangan untuk diberikan kepada keluarga ini terutamanya buat kanak-kanak tersebut seperti cadar kartun berwarna merah jambu dan barang untuk digunakan di sekolah seperti beg mahu pun alat tulis.

komen