‘Mirip’ rekaan jenama popular, minyak wangi terbaru Wak Doyok jadi buah mulut netizen

Sebut mengenai Wak Doyok pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi model, hos serta usahawan kepada beberapa produk ternama antara yang membuatkan beliau popular.
Belum sempat reda isu kecaman daripada ‘mat salleh’ berikutan imej dan gaya beliau pada bulan lalu, Wak Doyok baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar produk terbaru beliau yang merupakan sebuah minyak wangi.
Hadir dengan nama yang unik iaitu Dosa, rekaan botol minyak wangi yang mirip dengan minyak wangi ternama iaitu Dior Sauvage antara yang didakwa para netizen. Bukan sahaja dari segi rekaan dan saiz botol, malah warna botol juga dilihat sangat mirip. Berikut merupakan respon netizen mengenai pengenalan produk terbaru Wak Doyok.
Silakan compare pic.twitter.com/GTjalMlXtf
— f¡z¡ 🇲🇾 (@sang_induk) March 10, 2021
Even Dior logo atas botol pun dia tak padam😭😭😭 idk maybe ni sebahagian dari design² dia tapi plagiat tu terang² betul noh😭😭😭
— Skywookiee (@farahhaikal_) March 10, 2021
sampah, baik kumpul gaji beli yg original takpun pakai inspired lebih bermaruah.
— hafiz poindexter #DaulatRakyat (@cygaraga) March 11, 2021
Go ahead @Dior, you can sue the person who stole your design. Don’t be shy. 😌 https://t.co/de2zFE81nU
— Flamara on Toast 🦊🍊 (@FlamingMarmlade) March 11, 2021
Turut mengaku menggunakan botol yang sama
Meskipun menerima pelbagai respon dan kecaman isu keaslian botol minyak wangi keluaran beliau, Wak Doyok dengan mudah menjelaskan minyak wangi keluaran beliau menggunakan botol yang sama seperti minyak wangi ternama iaitu Dior Sauvage.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang menyokong usaha Wak Doyok dalam memasarkan minyak wangi terbaru beliau. Namanya yang mudah diingat dan unik antara yang membuatkan segelintir netizen berminat untuk mencubanya. Kongsikan pula pendapat anda mengenai penggunaan botol minyak wangi yang sama seperti jenama dari Paris ini