Bukan perubatan, ramai terkejut tahu Minyak Jungle Girl didaftar bawah kosmetik

Bukan perubatan, ramai terkejut tahu Minyak Jungle Girl didaftar bawah kosmetik

 

Minyak Jungle Girl menjadi satu fenomena di kalangan pengguna Malaysia sekarang. Pemiliknya yang juga seorang orang asli menjual live di tiktok berjaya meraih jualan ratusan ribu botol.

Keberkesanan minyak Jungle Girl juga hangat dibincang di ruangan komen media sosial yang rata-ratanya memberi reaksi positif. Tidak kurang juga yang memberi respon yang negatif.

Namun, di media sosial sekarang sedang kecoh pula isu nombor kod di botol produk ini yang didakwa tidak selari dengan penggunaanya.

Menurut facebook page Ah beng, minyak Jungle Girl didaftar di bawah kod kosmetik, bukan perubatan. Hujahnya adalah kerana penggunaan nombor siri bermula dengan huruf ‘NOT’ dihadapan yang didakwa merujuk kepada produk kosmetik.

“Kalau korang masih Skuad Pengguna Bijak, aku nak tanya, apa yg tak kena dalam gambar ni? Benda ni basic founder dan pengguna kena tahu. Kalau korang sebagai pengguna taktau bnda ni, anggap je la korang tak guna.”

Tambahnya lagi, “Dah tua2 ni kena la cari minyak angin kan, yg minyak angin OK tu mmg fav aku. Takde masalah minyak angin OK ni, cuma aku nk suruh korg buat perbandingan.”

Rata-rata netizen di ruangan komen turut memberikan komen yang sama.

“Benda benda perubatan mesti kena MAL huhu”, kata Yann Ahmad

“Minyak ni, siap sapu ke muka pun ada….fuhhh” , tambah Nu wa

“Ubat minyak2 ni jenis ubatan ke. Bukan NOT tp kena MAL’ – Nik Nazirah