Minum susu berlebihan jadi rabun? Ramai persoal punca suami Ustazah Afifah pakai cermin mata

Minum susu berlebihan jadi rabun? Ramai persoal punca suami Ustazah Afifah pakai cermin mata

 

Tidak dapat dinafikan, nama Ustazah Siti Afifah sering menjadi bualan hangat dibibir netizen gara-gara kenyataannya yang ‘mendayuskan’ para suami kerana membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri mereka sewaktu bersalin.

Tidak cukup dengan itu, dia sebelum ini juga pernah mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu dan juga boleh menjadi mata seseorang rabun.

@sunnahtidakberbohong

beratmengakuDrtetapi… #belajardariulamadahulubahayasusuberlebihan Hhmmm Berat sungguh mung..

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

Ustaz pulak apa punca pakai cermin mata? Terlebih minum susu ke

Susulan itu, geram dengan kenyataan tidak masuk akal oleh ‘pendakwah bebas’ tersebut, netizen telah mempersoalkan asbab suaminya memakai cermin mata.

Bukan itu sahaja, ramai yang menegaskan minum susu mengundang kepada jangkitan kutu itu adalah tidak masuk akal sama sekali kerana susu merupakan makanan utama buat bayi dan mereka yang sudah dewasa tidak mempunyai pengalaman seperti mana yang didakwa oleh pasangan pendakwah itu.

Anak aku minum teh atau kopi lepas lahir

Dalam pada itu, netizen turut terhibur dengan kenyataan yang dilemparkan oleh ‘pendakwah’ terbabit dan sempat berseloroh bahawa mereka memberi anak-anak kecil minum air teh atau kopi apabila lahir di dunia ini.