Mia Sara ‘up’ cerita buruk tentang Puteri Balqis?

Mia Sara ‘up’ cerita buruk tentang Puteri Balqis?

 

Terbaharu, berlakunya perselisihan faham di antara pelakon muda, Puteri Balqis dan juga Mia Sara atas sebab komen yang dimuat naik di platform TikTok milik Mia.

Perselisihan faham itu bermula apabila Mia menjawab pertanyaan seorang pengguna TikTok yang bertanya kepada dirinya tentang Balqis dan melihat pada ayat tersebut, Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.

Akan tetapi, hal tersebut disalah anggap oleh Balqis yang merasakan Mia ‘sengaja’ mengatakan perkara buruk tentang dirinya di dalam platform terbabit dan mendakwa dirinya dikecam banyak pihak disebabkan komen Mia itu.

Dalam pada itu, Balqis turut berkata dia berasa sangat kecewa dengan tindakan pelakon tersebut kerana ia melibatkan ibu kesayangannya.

Aku tak pernah dibesarkan untuk cakap buruk atau maki orang lain biarpun perkara itu menyakitkan. Sebabkan dia aku kena maki dengan ramai pihak.

Tambahannya lagi, dia sempat menasihati Mia bahawa memakai tudung itu bukanlah ‘tiket’ untuk berkata buruk tentang orang lain dan tidak menyangka Mia memperlihatkan perangainya seperti itu di khalayak umum.

Nama ‘Mia Sara’ sekarang ini trending di platform Twitter kerana kemelut yang sedang berlaku ini dan kelihatan netizen berbelah bahagi, ada yang menyebelahi Balqis, namun ada juga yang menyebelahi Mia Sara.