Mesra keluar bersama, cinta Syafiq Kyle & Mimi Lana bertaut kembali?

Mesra keluar bersama, cinta Syafiq Kyle & Mimi Lana bertaut kembali?

 

Biarpun sebelum ini kecoh membatalkan majlis perkahwinan seminggu sebelum ia berlangsung, terbaru, tular foto memaparkan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana didakwa keluar bersama kembali.

Video yang sebelum ini dimuat naik oleh seorang individu di TikTok memaparkan pasangan tersebut sedang meluangkan masa bersama di kafe telah pun dipadam.

Bahagia Keluar Bersama, Kisah Cinta Mimi Lana & Syafiq Kembali Berputik?

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata meluahkan rasa gembira jika benar pasangan selebriti itu kembali bersama.

Bahkan ada yang mendakwa Syafiq serta Mimi pergi menontong wayang bersama-sama.

komen

komen

Bagaimanapun, pengumuman sama ada mereka sudah kembali bercinta masih belum diketahui kerana kedua-duanya masih ‘mengunci mulut’.