“Mereka yang bergaya dengan Mercedes dan BMW tak terfikir soal gaji tetap guru-guru PASTI?”

“Mereka yang bergaya dengan Mercedes dan BMW tak terfikir soal gaji tetap guru-guru PASTI?”

 

ULASAN | Empat anak saya belajar di sekolah PASTI sejak usia empat tahun.

Saya sengaja pilih PASTI kerana sistem pendidikan yang berkualiti dan memenuhi pembinaan sahsiah kanak-kanak.

Mereka diajar baca doa, bahasa Arab, Inggeris dan subjek lain yang sesuai.

Mereka diajar wuduk dan solat berjemaah. Saya setuju pendidikan ini. Semua anak saya khatam Quran di sekolah rendah.

Suatu hari anak kedua saya pulang sekolah dengan bangganya bercerita ustazah ajar buat bendera.

“Kamu pilih kertas putih dan buat bulatan di tengah. Dalam bulatan tu biarkan putih. Kamu hanya perlu warna hijau untuk luar bulatan. “

Saya dan isteri tak setuju bab ni kerana budak-budak sudah diajar lukisan macam tu. Saya hubungi pengurusan PASTI dan mereka akur untuk tidak mengulangi lagi.

Saya menerima sijil penghargaan daripada PASTI kerana satu-satunya penduduk yang empat anak belajar di PASTI.

PASTI sudah 40 tahun operasi. Tentunya ratusan ribu pelajar sejak dulu. Empat anak saya sudah dewasa dan bertugas di pelbagai sektor.

Apabila guru-guru PASTI dianggap sukarelawan sahaja, saya sedih.

Mereka bertugas sepenuh masa untuk dua sesi. Ada yang pulang dari Al Azhar.

Pada hari ini kos kehidupan berbeza 40 tahun lalu. Adakah mereka yang bergaya dengan Mercedes dan BMW tidak terfikir untuk sediakan gaji tetap untuk guru-guru PASTI?

Adakah guru-guru tiada KWSP dan Perkeso kerana kesukarelawan mereka?

Imlan Adabi, penulis ialah salah seorang wartawan berpengalaman tanah air.