“Mereka tahu semuanya tapi..” – Shila Amzah dedah rakan selebriti tidak pernah ‘bocorkan’ masalah peribadi

“Mereka tahu semuanya tapi..” – Shila Amzah dedah rakan selebriti tidak pernah ‘bocorkan’ masalah peribadi

Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan rakan-rakan selebriti iaitu Zara Zya, Jihan Muse dan Fara Fauzana sebagai teman yang baik kerana memahami dan sentiasa menjaga hal peribadi masing-masing walaupun mengetahui tentang kemelut yang melanda keluarganya.

Rakan-rakan yang baik

kawan shila

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pengikutnya.

Seorang individu kemudian bertanya tentang rakan-rakan selebriti yang akrab dengan penyanyi berusia 33 tahun itu.

Sha, nak tanya kawan baik (Zara, Fafau dan Jihan) tahu tak cerita tentang Sha sebelum ini? Pernah tak Sha kongsikan dengan mereka?

Menurut pelantun lagu Masih Ku Cinta tersebut, teman-teman rapatnya itu mengetahui tentang konflik yang berlaku namun mereka mengambil pendekatan untuk tidak membuka mulut.

Mereka tahu semuanya tapi mereka memang baik sebab tak pernah lagi privasi kami semua dibocorkan dekat mana-mana. Love #saffjmzz

Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.

Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.

Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.