“Mereka belum berkahwin” – Imam masjid dedah pasangan viral bawa bayi sakit kronik sebenarnya bukan suami isteri

“Mereka belum berkahwin” – Imam masjid dedah pasangan viral bawa bayi sakit kronik sebenarnya bukan suami isteri

 

Beberapa hari lalu, sepasang suami isteri bersama seorang bayi dalam keadaan ‘bertiub’ yang sedang menunggang motosikal di siang hari sempat tular dan meraih simpati ramai.

Bukan sahaja netizen berbaik hati menyalurkan derma, malahan kisah keluarga ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri.

Namun siapa sangka, rupanya ada plot twist mengejutkan di sebalik kesusahan hidup yang dilalui oleh pasangan berkenaan.

Menerusi pendedahan Tok Imam Masjid Al-Maarufi di TikTok @aduanrakyatkualakedah, mereka berdua sebenarnya bukanlah suami isteri yang sah dan kini sedang tinggal berkesedudukan.

Difahamkan juga, wanita terbabit masih mempunyai suami sah yang kini berada di penjara.

Komuniti penduduk di sana pernah cuba mengasingkan mereka berdua termasuklah usaha menghantar wanita berkenaan pulang ke pangkuan keluarga kandung iaitu ibunya.

Namun akhirnya dia tetap datang kembali dan duduk dalam rumah yang sama.

Sementara itu, status bayi berkenaan juga masih belum dapat dipastikan lagi sama ada sah taraf atau sebaliknya memandangkan kedua-duanya masih belum bernikah.

Apabila kisah mereka tular, pasti ada yang mula menyalahkan komuniti sana yang tidak memberikan bantuan dan tidak prihatin. Hakikatnya, qariah di kampung itu sudah banyak membantu apa yang sepatutnya.

Sehingga hari ini, mereka telah menerima sumbangan orang awam berjumlah kira-kira RM200,000 namun sejumlah RM20,000 katanya sudah digunakan untuk membeli emas peribadi.

“Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tipu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tipu,akhirnya terkantoi juga”

@aduanrakyatkualakedah

Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fypシ゚viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa