“Mereka akan ingat kita bila..” – Komen Datin Patimah pada video Nourul Depp cetus pelbagai reaksi netizen

“Mereka akan ingat kita bila..” – Komen Datin Patimah pada video Nourul Depp cetus pelbagai reaksi netizen

Meskipun sudah berhijrah dan memulakan hidup baru di Bali, Indonesia bersama suami dan anak-anak, penyanyi Nourul Depp tidak lokek berkongsi berkenaan aktiviti hariannya kepada peminat di Malaysia.

Mengesyaki Ada Sesuatu Terjadi

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi ini ada berkongsikan satu hantaran berkaitan hari ibu di Instagram miliknya yang ternyata telah mencuri perhatian sesetengah netizen.

Dalam ruangan komen hantaran tersebut, netizen mengesyaki sesuatu telah terjadi dalam hubungan Nourul Depp dan anak sulungya yang dikenali sebagai Ayu Nazirah yang kini berusia 23 tahun.

Malah, Nourul juga tidak menafikan malah turut memberi ‘bayangan’ bahawa memang ada sesuatu yang terjadi dalam perhubungan anak beranak itu.

Hanya Kenangan

Terbaru, Nourul Depp ada memuat naik satu video di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya bersama anak perempuannya sulungnya itu.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan Nourul berkongsikan video kompilasi rakaman pada tahun-tahun sebelum ini ketika mereka  bercuti ke luar negara bersama.

Only MEMORIES. #memories #deppfamily

Diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan semangat kepada Nourul agar terus bersabar.

Cetus Pelbagai Reaksi

Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan pengalaman berdepan konflik keluarga sepertimana yang dihadapi oleh Nourul.

Malah bukan itu sahaja, ibu kepada pelakon Syamsul Yusof, Fatimah Ismail turut memberikan komen di video tersebut.

Mereka akan ingat kita bila kita sudah tiada!

Sekadar info, Ayu merupakan cahaya mata perkahwinan pertama Nourul dan komposer Ajai. Dia kemudiannya bercerai dengan Ajai sebelum bernikah kali kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.