Individu menyesal beli rumah lepas gaji naik, duit habis buat bayar bulanan – “Dulu sewa ok je”

Individu menyesal beli rumah lepas gaji naik, duit habis buat bayar bulanan – “Dulu sewa ok je”

 

Individu menyesal beli rumah lepas gaji naik, duit habis buat bayar bulanan – “Dulu sewa ok je”

Sebahagian pakar hartanah sering membangkitkan isu keperluan membeli di usia muda kerana dianggap sebagai aset. Bahkan, sehinggakan seperti dosa besar pula jika masih tidak beli rumah sewaktu di usia 30-an.

Bagaimanapun, seorang individu dengan identiti dirahsiakan meluahkan kekecewaan dengan pilihannya membeli hartanah pada usia muda menerusi grup FB Muflis Bankrupt di Malaysia.

Difahamkan dia yang sudah menjejak usia 34 tahun baru sahaja membeli sebuah apartment servis berkeluasan 991 kaki persegi berharga RM464,000 dengan bulanan mencecah RM3,000 menerusi ikatan pinjaman selama 30 tahun.

Sudahlah memiliki komitmen bulanan yang tinggi, dia juga merungut terpaksa membayar servis seliaan dengan caj RM300 lagi.

Dengan gaji hanya RM4,400, dia merasa sangat terbeban selepas pembelian rumah secara meluru itu. Secara kasarnya, dia perlu mengeluarkan lebih 70% daripada gajinya untuk melangsaikan komitmen.

Baki selebihnya barulah dipertimbang untuk perkara asas lain. Terkadang, dia termenung di kala malam hari memikirkan duit gajinya habis untuk bayar rumah sahaja.

Dakwanya sebelum ini, semua baik-baik sahaja sewaktu menyewa rumah dan merasa aman dan tenang tanpa gangguan hutang.

Dia berkongsi lagi yang dirinya sudah melangsaikan semua hutang lain seperti rumah dan kereta pada tempoh awal bekerja dahulu. Oleh itu, dia merasa tenang sebelum ini kerana tidak terikat dengan sebarang hutang.

Ujarnya lagi, pemilikan rumah ini lebih kepada keinginan sahaja dan memikirkan sudah 11 tahun bekerja tetapi masih tidak memiliki sebarang aset.

Dia juga menegaskan ini merupakan satu kesilapan kerana tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan membeli rumah dan merasa seperti tertipu selepas itu.

Tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang lain, dia menasihati kepada sesiapa yang bercita-cita untuk beli rumah, sebaiknya fikir-fikir masak dan membuat perkiraan agar tidak menyesal kemudian hari.