Menteri Besar Perak sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Nazrin

Menteri Besar Perak sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Nazrin

Kerajaan negeri akan menyembah maklum beberapa tarikh untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil sidang dewan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, berkata kerajaan negeri akan memohon kepada Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan tarikh dan tempat mengadakan Sidang DUN berkenaan.

“Adalah difahamkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad akan menyembah maklum bagi mendapat perkenan Sultan Perak mengenai cadangan beberapa tarikh untuk memanggil Sidang DUN.

“Selepas itu barulah kerajaan negeri akan maklumkan kepada Pejabat DUN dan Speaker. Kemudian kita akan keluarkan notis, jadi kita tunggu minggu depan,” katanya.

Sumber: Berita Harian