Menjelang tahun 2025, harga rumah kos rendah mungkin tidak lagi ditawarkan di bawah RM200,000

Seperti ramai sedia maklum, harga di Malaysia sememangnya sangat tinggi dan terus meningkat secara purata membuatkan orang ramai terpaksa bekerja keras serta membuat pembiayaan dalam tempoh yang pinjaman yang panjang dalam mendapatkan kediaman yang kondusif.
Meskipun kehadiran pandemik COVID-19 memberi kesan kepada harga rumah, laporan terbaru nyata menunjukkan sebaliknya di mana harga rumah di Malaysia berpeluang meningkat sehingga 20%.
Menerusi perkongsian Penganalisis Ekonomi UniKL Business Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, kenaikan harga rumah ini berlaku disebabkan peningkatan harga bahan binaan.
SUMBER: FACEBOOK BERITA KONTRAKTOR
Sebagai rekod, harga simen dilaporkan meningkat 12.2% kepada RM20.89 bagi 50 kilogram manakala harga bar keluli turut meningkat 20% dengan purata RM3,910 bagi satu tan.
Peningkatan harga binaan ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan kepada rumah di bawah seliaan pihak pemaju malah kepada mereka yang mahu membina rumah sendiri menerusi kontraktor terpilih.
GAMBAR SEKADAR CONTOH. SUMBER: EPERUMAHAN
Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail memaklumkan kenaikan harga rumah sehingga 10% setiap tahun antara yang berpotensi untuk berlaku jika tiada kawalan serta tindakan atau polisi daripada pihak kerajaan. Kenaikan ini bakal menyaksikan rumah kos rendah tidak lagi ditawarkan di bawah RM200,000 menjelang tahun 2025.
Selain itu, penarikan insetif Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) antara yang bakal meningkatkan lagi permintaan pembelian kediaman. Kenaikan ini mungkin memberi sedikit kelegaan buat mereka yang sudah memiliki hartanah serta mahu menjualnya namun buat golongan yang baru sahaja mahu mendapat kediaman, pastinya sedikit sukar dalam mendapatkan hartanah mampu milik.