Mengemis tapi bawa kereta Honda CRV, lelaki bongkar kegiatan peminta sedekah

Mengemis tapi bawa kereta Honda CRV, lelaki bongkar kegiatan peminta sedekah

 

Baru-baru ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran telah membongkarkan kegiatan peminta sedekah yang memiliki sebuah kereta SUV jenis Proton X70.

Susulan pendedahan tersebut, elaun pekerja OKU pengemis miliki X70 dihentikan dan sebagai hukuman, individu berkenaan hanya diberi amaran, diperintah melengkapkan surat akujanji sebagai jaminan tidak mengemis dan diberhentikan bantuan.

Bermotifkan modus operandi yang sama, seorang lelaki mendedahkan pula seorang wanita mampu memiliki kereta jenis Honda CRV.

Ketika ditanya, wanita berkenaan menafikan kereta tersebut miliknya tetapi menyatakan kepunyaan rakan.

“Mintak sedekah, naik Honda. Jauh kau parking,” kata lelaki berkenaan.

Wanita yang memakai pelitup muka itu beberapa kali menafikan kereta tersebut miliknya.

“Kawan saya punya kereta. Saya tak ada duit nak beli barang,” katanya.

Lelaki berkenaan kemudiannya memerhati sekeliling kereta dan mendapati pelekat pada cermin kereta tertera kawasan perumahan elit Duta Nusantara.

Sementara itu, diruangan komen, netizen menyatakan wanita berkenaan seringkali dilihat meminta sedekah dari orang ramai di kawasan tertentu.