Mengejutkan! Fatih Seferagic didakwa lakukan serangan seksual sejak 2011, mangsa termuda berusia 14 tahun

Mengejutkan! Fatih Seferagic didakwa lakukan serangan seksual sejak 2011, mangsa termuda berusia 14 tahun

 

TW: kandungan eksplisit (explicit content), trauma.

Setahu aku, ramai yang kenal mamat ni. Tapi mungkin ada yang tak kenal, jadi aku nak cerita sikit.

Nama dia ialah Fatih Seferagic. Berusia 26 tahun, dia adalah seorang qari & hafiz Al-Qur’an berketurunan Bosnia-Herzegovina yang kini menetap di Amerika. Si Fatih ini amat terkenal kerana wajahnya yang kacak dan suaranya yang sedap ketika melantunkan ayat-ayat Al-Qur’an. Bacaan Al-Qur’annya amat digemari oleh Islamis seluruh dunia, terutama sekali Islamis Meleis. Namun, ia hanya indah khabar dari rupa.

Belakangan ini, terdapat beberapa laporan rasmi yang telah tersebar di media sosial. Laporan tersebut menyatakan bahawa si Fatih ni terlibat dalam beberapa kes serangan seksual, antaranya kes cabul dan kes rogol. Dia dituduh melakukan serangan seksual sejak 2011 pada usianya 16 tahun, dan mangsanya yang paling muda adalah seorang gadis yang berusia 14 tahun.

Tuduhan terhadap si Fatih ni mengingatkan aku pada satu hadis Nabi, mafhumnya: “Akan tiba satu zaman di mana ramai orang yang menghafal Al-Qur’an, namun apa yang mereka hafalkan itu hanya sampai di kerongkong mereka saja.”

Realitinya, ramai orang hari ini yang mengaku menghafal Al-Qur’an 30 juzuk dan ratusan ribu hadis beserta sanad dan matannya, tapi pada masa yang sama, mereka juga yang giat mengkafirkan dan menerakakan orang lain yang tidak sefahaman dengan mereka. Mereka juga, tanpa pengetahuan kita, telah melakukan serangan seksual terhadap lelaki & wanita yang tidak bersalah, dan menunggang agama untuk menutup kesalahan mereka.

Sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan manusia yang kononnya warak dan taat beragama, namun pada hakikatnya, mereka adalah manusia yang berhati binatang.

Laporan penuh: https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic

Sumber: Adieka’s & @n_azzurajafri