Mendebarkan, tular rakaman dipercayai situasi amaran tsunami di New Zealand berlegar di media sosial

Mendebarkan, tular rakaman dipercayai situasi amaran tsunami di New Zealand berlegar di media sosial

New Zealand dikejutkan dengan beberapa kali amaran tsunami yang dikeluarkan ekoran gempa bumi kuat termasuk gegaran 8.1 skala ritcher seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut laporan, tiga gelombang gempa bumi telah dikesan di perairan sekitar Pulau Kermadec setakat ini dengan bermagnitud 7.3, 7.4 dan 8.1 pada skala Ritcher.

Difahamkan, sejumlah ratusan  penduduk di kawasan berhampiran diarahkan berpindah ke lokasi lebih selamat.

Sehubungan itu, terdapat beberapa video tular di media sosial, dipercayai dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Amaran tsunami yang dibunyikan melalui siren bergema kuat di sekitar persisiran pantai.

Amaran tersebut memaksa ribuan penduduk di sana untuk keluar dan berpindah ke tempat yang dipercayai lebih selamat.

Ini rakaman suasana dipercayai ketika penduduk dalam proses untuk dipindahkan selepas gelombang kedua gempa bumi dikesan dengan bermagnitud 7.5 pada skala Ritcher.

Dalam masa sama, ada warganet lain yang mungkin dipercayai penduduk di sana turut memuat naik rakaman proses evakuasi selepas gelombang kedua dikesan.

 

Amaran tsunami ini mendapat liputan daripada media-media tempatan dan antarabangsa.

Sumber: SK, Twitter / The Guardian